RM9.1 Juta Untuk Projek Pelebaran Jalan Canggung-kota Masai. @KhaledNordin 

RM9.1 Juta Untuk Projek Pelebaran Jalan Canggung-kota Masai. @KhaledNordin 

 

JOHOR BAHRU, 1 Mei – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pelebaran Jalan Canggung-Kota Masai di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, hari ini.

Beliau berkata, projek berkenaan yang bernilai RM9.1 juta melibatkan jarak kira-kira satu kilometer membabitkan naik taraf daripada dua kepada empat lorong yang dilengkapi dengan lampu isyarat.

“Pelebaran jalan berkenaan mengambil masa kira-kira 10 bulan bermula bulan lalu dan dijangka siap pada Februari tahun depan.

“Selain itu, pelebaran jalan berkenaan turut akan menambah kapasiti  yang mampu ditanggung pada waktu puncak kira-kira 1200 buah kenderaan per jam, katanya.

 

Leave a Reply