Potong Gambar Tun Mahathir Tidak Wajar. @HishammuddinH2O

Potong Gambar Tun Mahathir Tidak Wajar. @HishammuddinH2O

 

KLUANG, 1 Mei – “Walaupun ternyata ianya melanggar peraturan dan syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun tindakan pihak yang memotong gambar pemimpin pembangkang adalah tidak wajar”,kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata, jika benar apa yang tertera diatas kain rentang yang digantung di Pekan Ayer Hitam itu salah, turunkan sahaja tanpa perlu hanya memotong gambar pemimpin pihak berkenaan.

“Tindakan berkenaan pada hakikatnya tidak kena dan boleh diselesaikan dengan cara lain yang lebih harmoni dan berharap pihak berkaitan dapat mengambil perhatian serta melakukan tindakan lebih diplomasi sekiranya berlaku lagi.

“Walau bagaimanapun, pihak pembangkang diharapkan untuk tidak terus memasang kain rentang yang mereka sendiri sudah mengetahui ianya sememangnya melanggar peraturan SPR dan seolah-olah mencabar kredibiliti pihak berkenaan.

“Bertandinglah dengan cara yang lebih sihat tanpa perlu melakukan provakasi yang tidak sewajarnya kerana rakyat memandang apa yang kita lakukan dan semestinya mereka sudah mempunyai pilihan sendiri pihak manakah yang akan terus diangkat untuk terus menerajui kepimpinan negara”,katanya.

Dalam pada itu, beliau Hishamuddin mengulas tindakan pihak penguasa SPR memotong gambar Tun Mahathir selepas mendapat aduan penduduk dikawasan Ayer Hitam itu berkata, setiap peraturan serta undang-undang yang diadakan ada tujuannya tersendiri dan sebagai rakyat negara ini seharusnya ianya dipatuhi bagi memastikan keamanan dan kemakmuran sedia ada ini akan terus terjamin.

Leave a Reply