Muar Bukan Tempat Untuk Diuji – Hishammuddin

Muar Bukan Tempat Untuk Diuji – Hishammuddin

MUAR 30 April – Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan pengundi di Muar supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba mengeksploitasi kawasan itu.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mereka yang datang dari luar tidak mengetahui hujung pangkal dan latar belakang Muar, tetapi Barisan Nasional (BN) mempunyai sejarah dan rekod pencapaian baik untuk berjuang dengan ikhlas dan jujur.

“Kita pun dah serik melihat Muar sebagai ‘test place’ pihak yang nak cuba nasib, saya percaya rekod dan sejarah akan menunjukkan dan menyedarkan bukan sahaja golongan dewasa tapi yang muda bahawa inilah wadah terbaik untuk bela rakyat di Muar.

“Harap anak muda kita tak terpengaruh dengan sensasi dan isu emosi kerana akhirnya mereka akan kembali ke kawasan masing-masing selepas kalah nanti dan yang tinggal hanya wakil rakyat BN akan berkhidmat untuk kita di Muar,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas menghadiri Program Jalinan Kasih di Bangunan UMNO Bahagian Muar, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi BN Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim yang juga calon BN Parlimen berkenaan serta calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Datuk Ashari Sarip dan calon DUN Sungai Balang, Zaiton Ismail.

 

Leave a Reply