Hishammuddin Tak Setuju Tindakan Potong Gambar

Hishammuddin Tak Setuju Tindakan Potong Gambar

KLUANG 1 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan memotong wajah pemimpin seperti yang berlaku di Ayer Hitam, dekat sini.

Menurutnya, walaupun melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan, tindakan seperti itu amat tidak wajar dilakukan sama ada melibatkan pemimpin kerajaan atau pembangkang.

“Saya pun tak suka, saya pun tak setuju. Saya tak tahu pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memotong gambar itu.

“Tak kira sama ada pemimpin mereka atau kita dan walaupun langgar undang-undang dan peraturan saya rasa tindakan itu tak wajar. Kalau sepanduk itu tak sesuai turunkannya, nak potong-potong gambar ini tak kena,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika menghadiri Program Santai Bersama Orang Asli di Kampung Orang Asli Berasau di Kahang, dekat sebentar tadi.

Yang turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang, R. Vidyananthan.

 

Leave a Reply