Tidak Bertanding Bebas, Puad Buat Keputusan Waras, Tepat

Tidak Bertanding Bebas, Puad Buat Keputusan Waras, Tepat

KLUANG 29 April – Keputusan Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi tidak bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) merupakan satu keputusan yang waras dan bijaksana.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada mulanya beliau juga bimbang bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu akan membuat keputusan bercanggah.

“Alhamdulillah saya kenal Puad dari dulu lagi dan Tuanku (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) saya rasa memberi titah dan nasihat yang melihat pertimbangan negeri kita dan tak mahu lihat pemimpin kita emosi dan marah semasa membuat keputusan.

“Saya syukur nasihat yang diberikan itu Puad membuat keputusan waras dan bijaksana,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Gelanggang Futsal di Kampung India Paloh di sini sebentar tadi.

Hishammuddin berkata, keputusan dibuat Mohd. Puad itu menunjukkan beliau masih meletakkan keutamaan kepada konsep Muafakat Johor berbanding kepentingan peribadi.  © Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply