Saya Patuh Keputusan Parti – Khaled

Saya Patuh Keputusan Parti – Khaled

JOHOR BAHRU 26 April – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, beliau sentiasa patuh dengan arahan dan keputusan pucuk pimpinan untuk bertanding di dua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, sebagai orang parti, beliau akan menyokong semua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Pusat telah memilih saya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas. Sebagai orang parti, saya patuh.

“Saya juga mewakili BN negeri dan BN Bahagian Pasir Gudang mengucapkan terima kasih kepada penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda BN Pasir Gudang di Taman Johor Jaya, di sini sebentar tadi.

Pada program itu, Mohamed Khaled turut melancarkan manifesto BN Pasir Gudang.

Beliau berkata, selaku Pengerusi BN negeri, beliau boleh sahaja memilih untuk bertanding di kawasan yang dirasakan selamat, namun tidak mahu berbuat demikian.

“Saya percaya dan yakin dengan jentera BN Pasir Gudang. Dengan semangat yang ditunjukkan, kita pasti akan beroleh kemenangan 3-0 di Parlimen Pasir Gudang dalam PRU kali ini,” katanya.

Yang turut hadir, Normala dan calon BN di kerusi DUN Johor Jaya, Datuk Tan Cher Puk.

 

Leave a Reply