BN Pagoh Sedia Gempur Pembangkang

BN Pagoh Sedia Gempur Pembangkang

PAGOH – Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh kini melaungkan keyakinan untuk memastikan kawasan itu terus kekal milik BN bagi memastikan segala perancangan dapat ditunaikan.

Pengerusi BN Parlimen Pagoh, Ismail Mohamed berkata, sejarah lalu membuktikan hanya BN mampu meneruskan perjuangan di kawasan itu selepas kemelut pemimpin keluar parti ketika era Semangat 46.

“Ini kali kedua Pagoh diuji untuk melihat sama ada kita menyokong parti atau individu, tetapi saya penuh yakin orang Pagoh tetap setia dengan UMNO dan BN.

“Sejarah lalu membuktikan Pagoh akan terus boleh berjaya jika pilih BN, kita bukan main-main tetapi serius nak teruskan perjuangan dan majukan lagi Pagoh,” katanya semasa melancarkan Jentera Parlimen Pagoh di sini..

Turut bersama-sama Ismail yang juga calon Parlimen Pagoh ialah calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Mohd. Noor Taib dan calon DUN Bukit Pasir, Datuk Noriah Mahat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Ismail akan ditentang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ‘mentornya’ namun kini menyertai gabungan pembangkang PKR.

 

Leave a Reply