Ucapan MB Johor @KhaledNordin Sempena Majlis Pelancaran Skim Takaful Kesihatan Johor

 

JOHOR BAHRU, 26 Apr – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melancarkan Skim Perlindungan Takaful Rakyat Johor 2018 di Pusat Iskandar yang akan dimanfaatkan oleh seramai 10,000 penerima skim berkenaan di negeri ini.

Mohamed Khaled berkata, seramai 5,724 penerima bantuan am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum turut menerima manfaat daripada program berkenaan.

“Skim Takaful ini merupakan satu skim Berkelompok. Dan ia dipilih sebagai salah satu kaedah yang disyorkan oleh kerajaan negeri untuk memastikan masyarakat asnaf dan penerima bantuan am dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat dibantu dengan kadar segera.

“Kerajaan Negeri Johor telah melantik syarikat takaful untuk melaksanakan skim takaful ini bagi membantu keperluan asnaf dan penerima bantuan am di Negeri Johor.

“Bukan sekadar memberi bantuan-bantuan tahunan atau bulanan, malah mereka juga memerlukan sokongan dan bantuan dalam perkara yang melibatkan perubatan dan rawatan, katanya.

Menurut beliau, melalui skim berkenaan jika berlaku musibah, ditimpa sakit atau berlakunya kematian, golongan asnaf dan yang berpendapatan rendah di Johor akan dapat dibantu dengan lebih berkesan, baik dan bermakna.

“Ini kerana, skim perlindungan takaful ini akan meliputi pembiayaan rawatan bagi penyakit kritikal yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

“Ianya termasuk jika berlaku sebarang kemalangan, kos rawatan pesakit yang menuntut pembiayaan yang tinggi atau pampasan kepada penerima bagi membiayai kos kehidupan atau pendidikan anak-anak, katanya

Leave a Reply