Tolak Perpecahan, Tingkat Perpaduan – TPM

Tolak Perpecahan, Tingkat Perpaduan – TPM

PONTIAN 25 April – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehebat mana pun calon atau organisasi politik yang dianggotai, tidak akan memberi makna sekiranya tidak ada perpaduan dalam parti sekali gus akan mengundang kekalahan.

Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri mahu semua pihak dalam parti tidak melayan isu yang remeh-temeh sebaliknya mencari titik persamaan dan menyelesaikan segala isu dalam suasana kekeluargaan.

“Kalau kita kalah bukan sahaja UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan kecundang tetapi juga negeri dan negara.

“Sebelum ini (dalam pilihan raya terdahulu) bukan pembangkang menang bukan kerana mereka kuat tetapi kita berpecah sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Timbalan Perdana Menteri Bersama Rela dan Masyarakat Pontian serta Perasmian Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Betak, Benut, dekat sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, calon kerusi Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan penyandang kerusi DUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong.

 

Leave a Reply