TAHUKAH ANDA SEBAHAGIAN SAHAM KFC ADALAH KEPUNYAAN BANGSA JOHOR?!

TAHUKAH ANDA SEBAHAGIAN SAHAM KFC ADALAH KEPUNYAAN BANGSA JOHOR?!

 

Kelazatan KFC hingga menjilat jari,tidak lagi menggigit jari !!!

Pada siri lalu saya telah membicarakan tentang bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berusaha menebus kembali rizab-rizab Melayu Johor yang telah tergadai ke tangan asing akibat amalan dasar terbuka Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika era kepimpinannya di negeri ini.

Kali ini saya membuka lembaran lain tentang bagaimana pula Khaled menebus kembali saham KFC Holdings (M) Bhd menerusi Johor Corporation (JCorp) daripada 24 peratus kepada 51 peratus hanya beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor merangkap pengerusi syarikat konglomerat itu.

Saya masih ingat bagaimana Khaled mencatatkannya dalam akaun facebook milik beliau “Alhamdulillah di bulan Ramadan yang mulia ini, ingin saya umumkan pada Mei lalu (2014) Johor Corporation kembali memegang saham majoriti KFC sebanyak 51 peratus berbanding 24 peratus sebelum ini. Ini bermakna KFC kini kembali menjadi milik kita,” tulisnya dulu.

Sama ada sedar atau tidak penebusan itu amat bermakna kepada bangsa Johor keseluruhannya. Makanan popular resepi ‘atuk’ ini telah kembali menjadi milik syarikat bumiputera yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu dan menjaga kepentingan ekonomi bumiputera.

Susah payah Khaled menangkap kembali ayam yang sudah terlepas ke tangan orang atau bangsa lain amat berbaloi,kerana ia adalah usaha mengembalikan maruah yang tercalar dan usaha membangunkan kembali mercutanda kebanggaan bangsa Johor .Tak perlu dicerita bagaimana saham KFC terlepas kepada bangsa lain,yang penting hari ini bangsa Johor boleh berbangga untuk menikmati hidangan lebih laxat di KFC apabila sebahagian daripada sahamnya kepunyaan bangsa Johor.

Orang Johor kembali menjilat jari bukan mengigit jari!

Kepada rakyat Johor, selagi Khaled Nordin ada memimpin Johor usah risau kerana dia akan terus gagah bersama Team Johor dalam memastikan nasib rakyatnya sentiasa terbela dan terpelihara daripada tangan-tangan rakus yang sentiasa mencemburui kejayaan Johor.

Kejayaan ini adalah berkat persefahaman dan hasil hubungan kepimpinan negeri yang sentiasa mendapat restu daripada Istana. Usaha Khaled membangunkan Johor sentiasa mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Johor.

Dalam usaha ini, Khaled bukan sahaja menumpahkan segala pengalaman dan pengetahuannya, malah beliau turut menyeru kepada semua untuk sama-sama menyumbang idea dan kepakaran dalam semangat berpasukan yang dikenali sebagai ‘team Johor’ bagi memastikan segala yang dirancang berjaya dilaksanakan.

Sehubungan debgan itu,tidak salah rasanya jika KFC membuat ketetapan memilih suatu tarikh pada setiap bulan Mei untuk mengadakan jualan istimewa potongan harga 51% kepada setiap pembelian dalam satu resit.Tujuannya supaya masyarakat tahu bahawa 51% itu adalah angka yg menunjukkan KFC kepunyaan Bangsa Johor setelah ditebus semula oleh KHALED NORDIN !

TUN MUTAHIR

Leave a Reply