Labis Bakal Dapat IKBN Jika BN Menang – Chua

Labis Bakal Dapat IKBN Jika BN Menang – Chua

LABIS 26 April – Impian penduduk di Parlimen Labis untuk mendapatkan sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan menjadi kenyataan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi DUN Bekok dan mengekalkan DUN Tenang serta Parlimen Labis.

Penyandang kerusi Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak ketika lawatan kerja ke Parlimen Labis baru-baru ini telah bersetuju untuk membina sebuah IKBN di kawasan Parlimen Labis jika BN memenangi dua kerusi DUN iaitu Bekok dan Tenang serta Parlimen Labis pada PRU-14.

“Perdana Menteri secara dasar telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah IKBN di Labis ketika saya menyuarakan hasrat penduduk Labis itu ketika lawatan kerja beliau di Parlimen Labis baru-baru ini.

“Namun untuk tujuan itu beliau telah meminta agar Ahli Parlimen dan ADUN mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dibangunkan sebuah IKBN di sini,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Veteran UMNO Bahagian Labis Bersama Pemimpin di PPK Labis, di sini semalam.

Katanya, usaha yang dijalankan akan menjadi lebih mudah jika wakil rakyat yang dipilih daripada parti yang sama dengan kerajaan negeri dan Pusat.

Justeru, tawaran itu merupakan peluang terbaik kepada penduduk di sini dan tidak seharusnya dilepaskan.

 

Leave a Reply