Calon Puteri Tekad Kekalkan DUN Parit Raja

Calon Puteri Tekad Kekalkan DUN Parit Raja

JOHOR BAHRU 26 April – Calon tunggal Puteri UMNO yang akan bertanding di negeri ini, Norashidah Ramli berjanji akan berjuang untuk memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Norashidah, 39, berkata, pemilihan beliau merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada Puteri UMNO selaku generasi muda di negara ini.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan kerana bagi pengiktirafan kepada generasi muda untuk sama-sama bertanding mewakili parti pada PRU-14.

“Kami terima dengan hati terbuka dan berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan DUN Parit Raja kekal menjadi milik BN.

“Malah, kami sebenarnya sudah mula bekerja keras sebelum tahu siapa calon yang akan bertanding,” katanya yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sri Gading.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon BN Johor, di sini sebentar tadi.

Kerusi DUN Parit Raja sebelum ini disandang oleh Datin Azizah Zakaria yang menang dengan majoriti 3,956 undi pada PRU-14.

 

Leave a Reply