PRU-14: Jangan pertikai calon BN

PRU-14: Jangan pertikai calon BN

TANGKAK, 22 April – Semua pihak tidak perlu mempertikai calon-calon Barisan National (BN) yang bakal diketengahkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 9 Mei depan kerana mereka adalah pilihan terbaik.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alarm Sekitar, Datuk Ir. Dr. Hamim Samuri menegaskan, pilihan yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah melepasi saringan paling ketat termasuk daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak seperti gabungan pembangkang PKR yang tidak menggunakan khidmat SPRM untuk menjamin calon mereka benar-benar bebas daripada rasuah,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Restorasi Hutan Berrsama Rakyat Daerah Tangkak sempena sambutan Hari Bumi seluruh dunia di Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhiruddin Mahmud, Ketua Pengarah Intitut Pengelidikan Perhutanan Malaysia, Datul Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Terdahulu Hamim yang juga Pengerusi BN Ledang memberitahu, pihaknya akan mengumumkan manifesto tambahan sehari dua lagi yang antara lain berkaitan dengan alam sekitar dan menjadikan Ledang sebagai pusat pelancongan agro dan sukan lasak. © Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply