Pembangkang Buntu, Tiada Isu – Hamzah

Pembangkang Buntu, Tiada Isu – Hamzah

MUAR 22 April – Tindakan pembangkang memainkan isu kononnya UMNO merupakan sebuah pertubuhan politik haram membuktikan mereka kini buntu untuk berdepan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pembangkang cuba memainkan isu tersebut kerana mereka kini sudah kekeringan modal.

“Memang itulah caranya bila tiada isu (mereka) carilah isu yang bukan-bukan, usah dengar daripada pembangkang. Itu bukan jalan terakhir tapi memang dah jalan buntu dia dah tak ada benda lagi.

“Sebenarnya kalau datang program BN macam kita buat hari ini kurang-kurang balik rasa selesa dan seronok, tapi kalau pergi sebelah sana balik kena makan panadol sebab nak fikir betul ke orang ini cakap,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata demikian semasa menghadiri Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Muar, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Khairul Anwar Bachok.

 

Leave a Reply