MUHYIDDIN YASSIN MELATAH ?!

MUHYIDDIN YASSIN MELATAH ?!

 

19 April 2018

Mengapa Muhyiddin Yassin begitu cepat melatah apabila YAB Datok Mohamed Khaled Nordin selaku Pengarah BN N.Johor dengan tegas menyatakan akan mengalahkan Muhyiddin Yassin walau di mana dia bertanding di dalam PRU 14 ini?

Dalam hal ini,Khaled Nordin tidak keseorangan,apabila seluruh jentera BN Johor telah lama bersedia untuk bertempur dalam mempertahankan kawasan-kawasan BN dan merampas kembali kawasan yang di kuasai oleh pakatan pembangkang.

Soalnya apa yang ditakutkan oleh Muhyiddin apabila mengatakan sudah tahu apakah strategi Khaled Nordin untuk mengalahkannya?

Bukan soal durian runtuh,yang meluruh dari atas sampai ke bawah.Tetapi inilah keperluan yang didambakan oleh para pengundi di kawasan Muhyiddin Yasin sewaktu mewakili mereka atas tiket UMNO/BN.

Tetapi peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Johor pimpinan Khaled Nordin adalah.bersandarkan suara hati para pengundi di Parlimen Pagoh.Sebanyak RM56 juta yang diluluskan oleh Khaled sudah cukup untuk menampung segala kemudahan prasarana yang selama ini amat diperlukan oleh pengundi-pengundi di Pagoh.Bukannya projek mega seperti membina universiti dan sebagainya.

Dengan peruntukan tersebut,bukan sahaja dapat menaiktaraf jalanraya seluruh pelusuk kampung,tetapi dapat juga membaiki masjid dan surau.Bukan itu sahaja,sebuah sekolah agama juga akan dibina untuk masyarakat Islam di Pagoh.

Bagi masyarakat Cina dan India,masalah utama yang duabaikan oleh Muhyiddin Yassin iaitu tapak perkuburan telah pun berjaya diselesaikan oleh Khaled Nordin.

Lebih signifiken lagi apabila seramai 721 peneroka Felda Maokil di Muar melibatkan hampir 81 hektar tanah felda telah diberikan hak milik pada awal tahun ini.Permohonan sejak Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak pernah ada usaha untuk menyelesaikannya.

Syukurlah berkat keyakinan dan kesetiaan masyarakat felda akhirnya suara mereka didengari oleh Khaled Nordin dan seterusnya meluluskan permohonan mereka.Seterusnya menjadikan semua kawasan felda di Johor sebagai kawasan rezab Melayu.

Ternyata sejak 5 tahun mentadbir negeri Johor,Khaled berjaya menambah kawasan rezab Melayu menghampiri 30% keseluruhan negeri Johor.

Berbeza sejak Muhyiddin menjadi Menteri Besar di mana kawasan rezab Melayu semakin berkurangan akibat daripada dasar pengswastaan yang diperkenalkan oleh Muhyiddin.

Hari ini Muhyiddin diura-ura hendak menjadi MB Johor sekali lagi bila memenangi PRU 14 ! Macam pelik bunyinya.Bayangkan berapa banyak lagi rezab Melayu yang telah ditambah oleh Khaled akan dihabiskan sekali lagi oleh Muhyiddin?!

Tun Mutahir

Leave a Reply