MCA Banyak Berjasa, Tak Tukar Pasangan

MCA Banyak Berjasa, Tak Tukar Pasangan

PASIR GUDANG 20 April – MCA banyak berjasa kepada masyarakat Tionghoa terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, hakikat tersebut perlu diterima oleh kaum Cina di negara ini.

Beliau berkata, parti itu sedar matlamat mereka berpolitik bukan semata-mata mahu mendapatkan sokongan tetapi lebih daripada itu.

“Ada yang kata MCA ‘buruk’ tetapi buruk-buruk MCA mereka banyak budi dan berjasa kepada masyarakat Tionghoa.

“Jadi, saya pun tidak tahu kenapa ada satu parti itu nak ‘bunuh’ MCA…MCA bukan sebuah parti yang suka tukar pasangan,” katanya semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Grisek di EcoTropics, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Timbalan Pengerusi MCA negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Mohamed Khaled berkata, parti yang mahu ‘membunuh’ MCA itu lima tahun dahulu menganggap Pas adalah segala-galanya, namun selepas lima tahun mereka sudah tukar pasangan.

“Pada mereka Paslah segala-galanya, Paslah cinta hati mereka tetapi lepas lima tahun mereka cari pasangan lain, sekarang dengan seorang berusia 93 tahun, tapi MCA tak tukar pasangan,” katanya.

 

Leave a Reply