PRU14 Dan Muslihat DAP – Pucuk Di Cita Ulam Mendatang, Kit Siang Tunduk, Mahathir Ditatang

PRU14 Dan Muslihat DAP – Pucuk Di Cita Ulam Mendatang, Kit Siang Tunduk, Mahathir Ditatang

 

Ketika ini rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam sedang diuji oleh Allah S.W.A dalam satu pemilihan yang amat getir. Di mana setiap daripada kita yang layak mengundi memerlukan kematangan dan kebijaksanaan dalam memilih prmimpin-pemimpin daripada parti yang bertanding.

Di satu pihak menyertai pilihanraya kerana sifat dendam dan ingin menjatuhkan seseorang.Dalam hal ini di satu pihak yang sememangnya inginkan kuasa amat mengalu-alukankan sokongan dan kerjasama mereka yang ingin membalas dendam.

Maka tidak hairanlah jika DAP sanggup tunduk dan akur dalam penggunaan lambang parti semasa PRU 14 ini.Buat pertama kalinya DAP bersetuju menggunakan lambang PKR ,semata-mata untuk mengaburi mata pengundi-pengundi Melayu.

Bukan itu sahaja,kejayaan DAP memperdayakan Tun Mahadir yang suatu ketika dahulu begitu lantang mengatakan DAP sebuah parti komunis dan anti Islam.

Tetapi kerana dendam,hari ini Tun M dengan mudah sanggup bersama-sama DAP untuk menentang sebuah parti yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi negara.Parti yang selama ini menjadikan Tun M anak beranak kaya raya !

Pucuk dicinta ulam mendatang. Kit Siang tunduk, Tun M ditatang sebagai ketua dalam pakatan Harapan bagi menghadapi PRU 14.Soal siapa kudakan siapa tidak timbul,yang penting hasrat mereka tercapai.

Mereka terus menabur fitnah didalam ceramah-ceramah serta media sosial ,menghasut rakyat supaya membenci kerajaan yang ada.

Lebih 60 tahun negara merdeka,kehidupan rakyat majmuk begitu aman damai.Kehidupan rakyat tetap terbela.Soal kenaikan kos sara hidup,adalah perkara yang pasti dilalui oleh setiap negara,lebih-lebih lagi dalam menuju sebuah negara maju.

Pun begitu kerajaan BN sentiasa berusaha untuk membantu rakyat.BRIM satu daripadanya.Berbagai subsidi diberi khususnya dalam bidang pelajaran dan kesihatan.

Contoh di depan mata,bagaimana orang-orang Melayu di Penang mendapat layanan daripada DAP ?! Bagaimana orang Selangor menghadapi krisis air dan harga rumah yang semakin melambung tinggi ?! Malah 9 projek rumah mampu milik dibatalkan oleh kerajaan Selangor !

Menariknya manifesto Pakatan Harapan di Johor yang ingin membina 100,000 unit rumah mampu milik di Johor.Sedangkan Menteri Besar Johor,YAB Datok Mohamed Khaled Nordin telahpun mengumumkannya terlebih awal sewaktu pembentangan bajet 2018.

Lebih menarik lagi,kebanyakkan rumah-rumah mampu milik ini dibina di dalam kawasan bandar,termasuklah bandaraya,Johor.Bahru.Hari ini sebahagian daripadanya telahpun siap dan mula diduduki.

Nampak di sini PH semenangnya dalam banyak perkara begitu bersetuju dengan dasar kerajaan Johor yang pro kepada rakyat.Lima tahun yang sarat dengan berbagai idea dan limpahan pembangunan dari Khaled Nordin,semata-mata untuk kemajuan rakyat dan negeri Johor.

Memang menjadi dasar kerajaan Johor,mahu memastikan orang-orang Melayu mampu memiliki rumah sendiri dan terus tinggal di dalam bandar.Perbezaan ketara dengan apa yang berlaku di Penang dan Selangor yang dikuasai oleh parti pembangkang.

Dalam PRU 14 ini,DAP amat mengidamkan untuk menguasai negeri Johor kerana Johor merupakan tiga negeri terkaya selain Penang dan Selangor.Cara mereka adalah dengan menggunakan parti-parti Melayu dan pemimpin Melayu dalam mengaburi mata rakyat Johor.

Maka tidak hairanlah pada PRU 14,PH meletakkan calon-calon hebat mereka bertanding di Johor.Termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (PKR) dan beberapa lagi orang kuat ‘evangelist’ DAP,dengan alasan kembali ke negeri asal.

Hasrat DAP menggunakan parti dan calon Melayu untuk memiliki kuasa dan melibrealkan fahaman orang-orang Melayu yang selama ini berpegang kepada ahli sunnah waljamaah tidak semudah yang disangka.Terutama di Johor !

Sejarah pemodenan N.Johor ,yang di bawa oleh Almarhum Sultan Abu Bakar,dengan sistem pendidikan Islam yang kini menjangkau 100 tahun,tanpa dijajah oleh kuasa-kuasa asing harus dipertahankan.

Oleh itu kepada rakyat Johor yang selama ini menjalani kehidupan yang harmoni dan bermuafakat,perlu bangkit untuk terus mempertahankan kerajaan yang ada demi
menjayakan gagasan Johor berkemajuan dalam menghadapi dekad baharu Johor.

Dekad yang merupakan persediaan masa depan khusus untuk generasi muda hari ini.Generasi yang bakal meneruskan kemajuan dan kegemilangan negeri Johor mengikut acuannya sendiri.

Dekad yang akan menyaksikan penampilan pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi ,berani dan berbakat.

Tidak mustahil dengan membiarkan Johor dikuasai oleh parti-parti asing seperti DAP dan parti-parti serpihan seperti PKR,BERSATU dan AMANAH,Johor akan menjadi seperti Penang dan Selangor.Nasib orang Melayu dipinggiran.Suara hati rakyat tidak dipedulikan.

Biarlah Johor terus menjadi Johor !

TUN MUTAHIR

Leave a Reply