DAP – DEMOKRASI ALA PENJAJAH

DAP – DEMOKRASI ALA PENJAJAH

Analisis Menteri Besar Johor dalam politik masa kini yang dikaitkan dengan zaman kolonial amat menarik perhatian.

Hal ini cuba digunakan secara strategik oleh parti2 yang tertentu untuk menarik sokongan rakyat. Hakikatnya, British menggunakan pendekatan diplomasi dan lembut untuk mendapat sokongan penduduk Tanah Melayu ketika itu.

Sistem Residen bermula tahun 1874 di Perak, hanya menjadi penasihat Raja dalam pelbagai bidang kecuali dlm bidang agama dan adat istiadat Melayu. Selepas menguasai Perak, British menguasai negeri2 yang kaya dengan bijih timah.

Sistem ini kemudiannya diperkenalkan pula di Selangor pada tahun 1875, di Pahang 1888 dan Negeri Sembilan 1889.

Kolonial British mengembangkan kuasanya dengan menggabungkan 4 buah negeri dengan melantik Residen General. Strategi kolonial telah dikesan apabila mereka menguasai pelabuhan2 utama iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang dinamakan Negeri2 Selat.

Strategi halus British bertujuan ia tidak mahu kehadirannya di Tanah Melayu dianggap sebagai bangsa kolonial.

Justeru, British menyantuni kedudukan Raja-raja Melayu dan hak orang Melayu. Namun begitu, keadaan ini tidak berlanjutan. Kolonial British mula mengimport pekerja asing untuk tujuan perlombongan dan perladangan.

Steinberg mengatakan kolonial British tidak mahu mengganggu kehidupan dan ekosistem orang Melayu. Hakikatnya, kolonial British mahu orang Melayu hidup dalam keadaan miskin dan tidak berpelajaran.

Justeru itulah, golongan ulama dan guru2 bangkit menyedarkan orang Melayu untuk maju ke hadapan. Akhirnya, selepas Perang Dunia Kedua, selepas berjaya menumbangkan Malayan Union, orang Melayu sanggup berkongsi kuasa atas semangat Kontrak Sosial.

Hal ini disebabkan kolonial British memberi prasyarat iaitu “perpaduan sebelum kemerdekaan”. Atas muafakat inilah pelbagai bangsa bersatu dan berpadu untuk mencapai kemerdekaan tanah air.

Jelasnya sejarah merakamkan bagaimana perlunya kita bersatu membentuk negara-bangsa yang maju, merdeka dan berdaulat, serta seterusnya mengisi agenda kemerdekaan.

Satu lagi fakta yang signifikan, Johor merupakan benteng dan negeri terakhir yang dikuasai kolonial British pada 1914.

Justeru itulah banyak pihak mengintai peluang dan mengidam untuk menguasai Johor. Hal ini disebabkan negeri Johor merupakan negeri yang paling berpotensi maju, progresif dan berkemajuan yang menyumbang kepada KDNK negara.

Sesungguhnya Johor adalah sebuah mutiara dan permata Selatan yang amat berharga yang perlu dipertahankan oleh seluruh watan dan anak-anak Bangsa Johor.

Kerana di sinilah bermulanya perjuangan menegakkan sebuah negara bangsa,dan Johor turut membidani kemerdekaan sebuah negara bernama Malaysia.

 

Prof.Dr.Kassim Tukiman
Persatuan Penulis Johor

Leave a Reply