Ucapan MB Johor @KhaledNordin Sempena Majlis Semarak Karakter Murid

 

JOHOR BAHRU, 15 Apr – Kerajaan Negeri Johor memperuntukan RM500 ribu khusus untuk merealisasikan Inisiatif Karakter Murid Johor (KrMJ) pada tahun 2018 bagi menyokong strategi ke-5 Dekad Baharu Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri Johor memberi peruntukan berkenaan adalah bagi terus menyokong inisiatif Pembelajaran Abad Ke-21 di Negeri Johor.

“Diharapkan inisiatif berkenaan dapat melahirkan modal insan abad ke 21 dan permata Johor yang dapat memacu pembangunan Johor berkemajuan.

“Kerajaan Negeri Johor juga begitu mengalu-alukan idea segar dan sentiasa mengangkat idea segar Karakter Murid Johor dalam Pembentangan Bajet Johor 2018, katanya ketika berucap di Majlis Semarak Karakter Murid Johor (KrMJ) Peringkat Negeri Johor, di Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan berketepatan dan selari dengan usaha Kerajaan Negeri Johor Membangun Dekad Baharu Johor 2028 yang menyaksikan transformasi bagi memastikan putera-puteri Bangsa Johor berketerampilan, berkebolehan memimpin serta berkemahiran secara bersepadu.

“Program berkenaan mampu menyediakan lapisan pemimpin masa depan yang berupaya menerajui agensi kerajaan mahupun swasta sekali gus memberi impak ke arah membentuk karakter kepimpinan berkualiti secara menyeluruh yang dilahirkan oleh sistem pendidikan negara, katanya.

Leave a Reply