Ucapan MB Johor @KhaledNordin Sempena Majlis Pecah Tanah RMMJ Bandar Seri Alam

JOHOR BAHRU, 15 Apr – United Malayan Land (UMLand) Berhad melalui anak syarikatnya Sri Alam Properties akan membina sebanyak 1,122 unit rumah mampu milik di kawasan seluas 18.46 ekar di Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor.

Pengarah UMLand Bhd, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, projek berkenaan melibatkan sebanyak 421 unit rumah jenis PKJ B, dengan setiap unit berkeluasan 850 kaki persegi berharga RM80,000, serta 701 unit RMMJ berkeluasan 1,000 kaki persegi berharga RM150,000.

“UMLand Bhd begitu berbangga dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk menyediakan perumahan dengan harga mampu milik, malah rumah yang dibina dengan kualiti yang terbaik, katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Bandar Seri Alam, hari ini.

 

Leave a Reply