Manifesto BN Johor Terbaik, Realistik Dilaksanakan – @AyubBinRahmat

Manifesto BN Johor Terbaik, Realistik Dilaksanakan – @AyubBinRahmat

 

JOHOR BAHRU, 14 Apr – Selepas memperlihatkan pencapaian cemerlang menerusi laporan manifesto PRU-13 iaitu janji yang telah ditepati, manifesto BN Johor kali ini adalah yang ditunggu-tunggu pelbagai pihak, terutama masyarakat di negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,  Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, manifesto BN Johor 2018 yang mempunyai tiga sasaran utama yang akan dilaksanakan menerusi lima tawaran teras.

“Keseluruhan manifesto BN Johor menawarkan 230 tawaran untuk Bangsa Johor dan akan dipimpin dengan tiga sasaran utama dan akan dilaksanakan menerusi lima teras atau Johor Hi-5.

“Johor Hi-5 terdiri daripada Ekonomi Nan Sejahtera, Penyediaan Prasarana Komprehensif, Pembangunan Minda, Bakat dan Kemahiran, Kepemimpinan Berprestasi Tinggi dan Masyarakat Lestari, Islami dan Berbudaya.

“Berdasarkan perkembangan kemajuan yang sedang berlaku di Johor, tawaran manifesto BN Johor bagi PRU-14 akan terus meletakkan negeri ini terkehadapan dengan pelbagai potensi yang ada, katanya.

Menurut beliau, manifesto berkenaan menampilkan tawaran dan kecerdasan baharu untuk negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang yang akan memberi pelbagai limpahan manfaat kepada rakyat.

“Saya amat yakin semua perancangan yang terkandung dalam manifesto yang dilancar Pengerusi Badan Perhubungan BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini adalah yang terbaik dan realistik untuk dilaksanakan kerana telah mengambil kira kemampuan kerajaan  Johor ketika ini yang diterajui parti BN.

“Berbeza  dengan pembangkang, manifesto BN Johor boleh dan mampu dilaksanakan dan ianya bukan soal populis seperti manifesto yang dibentangkan Pakatan Harapan (PH).

“Manifesto yang dibentangkan adalah bersifat komprehensif, inklusif dan progresif yang menawarkan banyak kebaikan untuk rakyat Johor dan negari dan negara keseluruhannya, dan kami mahu pengundi meneliti setiap janji yang tersenarai dalam manifesto, untuk masa depan negeri kita, katanya.

Tambah Ayub, aku janji BN Johor berkenaan sudah direncana menerusi kajian dan penyelidikan terperinci melibatkan  semua pihak termasuk kementerian, jabatan, dengan  mengambil kira semua perkara termasuk kehendak rakyat  dan kemampuan kerajaan Johor.

“Pelbagai aku janji yang disenaraikan adalah bagi meningkatkan taraf  ekonomi negari dan kesejahteraan rakyat, selain memberi  tumpuan khusus untuk setiap golongan di negeri ini dan menjadikan ia satu manifesto yang terperinci.

“Manifesto yang dibentangkan adalah tepat pada masanya dan memenuhi  cita rasa Orang Muda Johor, Orang Kelainan Upaya, Warga Felda, dan Wanita Johor terutamanya di negeri ini diberikan perhatian oleh BN Johor.

Tambah beliau, bagi Orang Muda Johor (OMJ) umpamanya,  BN Johor menawarkan RM 500 kepada OMJ buat pertama kali berkahwin, Johorean 1st Passport Programme, Hub Belia di Pasir Gudang, Kulai, Pontian, RM2000 untuk Keusahawanan OMJ (Indienomics), membuka lebih banyak GLC di Iskandar Putri, menawarkanlima  ribu peluang kerja di RAPID, Pengerang, Hub Perabot Muar, menggalakkan OMJ terlibat dalam sektor Tani, melibatkan 500 OMJ dalam industry fesyen dan filem dan mewujudkan  johorjobs.com untuk OMJ mencari peluang pekerjaan.

“Setiap daerah di Negeri Johor akan dibangunkan mengikut kekuatan dan keperluan ekonomi masing-masing serta memperkasa dan meningkatkan kesejahteraan warga Felda dan ianya akan melonjakkan industri ekonomi, pelancongan, pertanian dan pembangunan sosial di setiap daerah.

“Simpanan Pendidikan RM 50 bagi setiap bayi kelahiran Johor, pemberian wang saku RM 100 kepada pelajar tahun 1 mengikut kelayakan, Penubuhan Pusat Asuhan Muafakat Johor, memperluas perkhidmatan bas percuma Muafakat Johor ke kawasan sekolah, perumahan dan industri, katanya.

Sementara itu, beliau berkata BN Johor juga komited  dalam  aspek pendidikan dan kemahiran di negeri ini dengan memperkenalkan 1 Keluarga 1 Kemahiran. BN juga komited menambah biasiswa, tabung pendidikan dan tabung latihan kemahiran.

“Mahasiswa Johor juga tidak ketinggalan menerima 4 faedah iaitu tabung pinjaman tanpa faedah kepada mahasiswa Johor, Dana Pengurusan Persatuan Mahasiswa Anak Johor di institusi pengajian tinggi, peruntukan RM 1000 kepada mahasiswa Johor yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi Awam, di mana pendapatan isi keluarga 3000 ke bawah dan pemberian RM 10 000 kepada anak bangsa Johor yang Berjaya menyambung pelajaran ke 20 Universiti Terbaik Dunia. Ianya sudah pasti memberikan motivasi bukan sahaja kepada para pelajar tetapi ibu bapa Bangsa Johor untuk terus mencapai kecemerlamngan dalam bidang pendidikan.

“Paling penting semua generasi di negeri ini akan bawa Johor ke Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan merealasisikan aspirasi Dekad Baharu Johor yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled.

“Kerajaan BN sememangnya mengambil berat akan kesejahteraan rakyat negara ini apabila tiada golongan yang dipinggirkan, katanya.

Beliau berkata, secara kesimpulannya, semua janji dan ikrar yang akan dibuat dalam Manifesto BN Johor adalah sangat praktikal dan berkisar mengenai matlamat dan sasaran yang akan dicapai menjelang 2023.

“Jadi, rakyat janganlah termakan dakyah jahat pembangkang dan perlu bijak memilih parti yang benar-benar tulen memperjuangkan nasib mereka iaitu BN, katanya.

Leave a Reply