Tsunami Melayu Hanya Helah Pembangkang – Khaled

Tsunami Melayu Hanya Helah Pembangkang – Khaled

JOHOR BAHRU 12 April- Barisan Nasional (BN) negeri ini menafikan akan berlaku gelombang tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti yang berlaku dalam kalangan kaum Cina pada PRU-13.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, sandiwara pembangkang itu dilihat sebagai helah bagi meraih perhatian pengundi di negeri ini.

Menurutnya, tsunami Melayu tidak akan berlaku berikutan tiada satu pun tawaran khusus untuk orang Melayu di Johor dalam pembentangan manifesto pembangkang, baru-baru ini.

“Mereka cakap berlaku tsunami Melayu sebab hendak kekalkan tsunami Cina yang (dilihat) semakin hari semakin luntur.

“Untuk kekalkan sokongan Cina itu kekal dia (pembangkang) kata orang Melayu pun akan lari. Macam mana Melayu nak lari, bila tidak ada tawaran khusus pada orang Melayu,” katanya selepas merasmikan Pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor fasa 5 Taman Bukit Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kong Kong Laut di Masjid Taman Bukit Mutiara di sini, di sini sebentar tadi. © Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply