30 SAKJ Dijangka Siap Akhir Tahun 2019 – @KhaledNordin

30 SAKJ Dijangka Siap Akhir Tahun 2019 – @KhaledNordin

 

JOHOR BAHRU, 12 Apr – Kerajaan Negeri Johor akan membina sebanyak 30 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di seluruh Johor di bawah Fasa 5 yang dijangka siap menjelang akhir tahun 2019 membabitkan peruntukan berjumlah RM256 juta.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam usaha untuk melonjakkan peranan sekolah agama berkenaan ianya perlu memperkukuh keupayaan sekolah dan modal insannya agar lebih berdaya saing.

“Terdapat beberapa perkara bagi merealisasikan gerakan memodenkan pendidikan agama iaitu pemantapan kebajikan guru-guru dan pentadbir sekolah agama dan aspek kebajikan guru-guru dan pentadbir sekolah agama kekal kompetetif dan standing dengan skim imbuhan para professional lain.

“Ianya penting bagi memastikan profesion guru dan pentadbiran sekolah agama dihormati dan disegani oleh masyarakat, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Fasa 5 SAKJ Taman Bukit Mutiara, SAKJ Taman Cahaya Masai & SAKJ Kong Kong Laut, hari ini.

Menurut beliau, aspek pemantapan prasarana juga perlu ditekankan kerana sistem pendidikan agama sudah beratus-ratus tahun usiannya. Maka, prasarana pendidikan agama di Johor mesti dimantapkan dan mesti dibangunkan dengan cara yang mencerminkan kepentingan pendidikan Islam.

“Seterusnya ialah semakan dan pemerkasaan sukatan serta kurikulum bagi menjadikan sekolah agama sebagai banteng rohani bangsa Johor dan ianya menuntut transformasi kurikulum yang tulen.

“Pada masa sama, kita harus memanfaatkan teknologi agar proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih kreatif dan menarik, katanya.

 

Leave a Reply