30 Peratus Baharu, Tiada Calon Terjun – Md. Jais

30 Peratus Baharu, Tiada Calon Terjun – Md. Jais

KLUANG 12 April – Barisan Nasional (BN) negeri ini akan menampilkan kira-kira 30 peratus calon baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha BN negeri, Datuk Md. Jais Sarday turut memaklumkan tidak ada calon payung terjun kerana mereka yang ditampilkan adalah pemimpin tempatan.

“Calon-calon ini mungkin tidak ada jawatan dalam parti tetapi mereka adalah ahli parti,” katanya ditemui di sini sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, yang penting calon-calon yang ditampilkan disukai ramai dan mampu memenangkan parti.

Mengenai jentera BN, Md. Jais yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menjelaskan bahawa gerak kerja  pada PRU-14 lebih tersusun dan bersedia bagi membantu kemenangan parti.

“Semua jentera parti pada PRU-14 ini bergerak dalam sebuah pasukan berbanding ikut parti masing-masing pada PRU sebelum ini,” katanya. © Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply