Pembangkang Takut Pada Bayang-Bayang Sendiri.

Pembangkang Takut Pada Bayang-Bayang Sendiri.

JOHOR BAHRU, 11 Apr – Pengundi dinasihatkan supaya tidak menimbulkan alasan mengenai isu pemilihan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei depan iaitu hari Rabu kerana ia bukan kali pertama negara ini melaksanakan proses demokrasi pada hari bekerja.

Ketua UMNO Bahagian Labis, Azahar Ibrahim berkata, perkara berkenaan bukan taktik kotor kerajaan, malah pada sebelum ini ada beberapa PRU juga dilaksanakan pada hari waktu bekerja.

“Perkara berkenaan membuktikan pembangkang begitu takut pada bayang-bayang sendiri.

“Pemilihan tarikh pengundian pada hari bekerja sudah dilaksanakan sebanyak empat kali di negara ini dan masyarakat dahulu berjaya melunaskan tanggungjawab mereka dengan sempurna, rakyat tidak seharutnya mempersoalkan tentang hari pengudian yang jatuh pada hari Rabu, 9 Mei ini, katanya.

Leave a Reply