Pembangkang Bimbang Tewas Pada PRU 14

Pembangkang Bimbang Tewas Pada PRU 14

JOHOR BAHRU, 11 Apr – Ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) begitu bimbang untuk tewas dan membuat banyak kritikan apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan dan menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14 pada 9 Mei 2018.

Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, walaupun PRU diadakan pada hari apa sekali pun, pihak pembangkang akan tetap mempertikaikan perkara berkenaan.

“PRU juga pernah berlaku ketika di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad iaitu pada PRU ke 11 yang diadakan pada hari Isnin, 29 Nov 1999.

“Jadi, dimanakah salahnya PRU kali ini jatuh pada hari Rabu?, katanya.

Menurut beliau, terdapat juga akta pilihanraya yang membenarkan majikan perlu melepaskan pekerja keluar bagi melaksanakan tangungjawab untuk mengundi.

“Mereka nampaknya begitu jelas bimbang untuk tewas pada PRU ke 14 kali ini dan ianya berlarutan sejak SPR mengumumkan perkara persempadanan pilihanraya baru-baru ini, malah mereka juga sering menuduh pihak kerajaan bermain kotor.

“Adakah sesuatu yang luar biasa apabila pilihan raya umum diadakan pada hari bekerja? Sudah tentu tidak, katanya.

Terdahulu Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), KEADILAN, G. Manivanan mendakwa pengumuman tarikh pengundian bagi PRU ke 14 pada 9 Mei 2018 yang jatuh pada hari Rabu adalah satu lagi taktik kotor Barisan Nasional (BN) dan SPR untuk mengurangkan jumlah pengundi keluar mengundi.

Leave a Reply