Pemuda UMNO Johor Menyambut Baik Titah Nasihat & Pandangan DYAM Tunku Mahkota Johor

 

JOHOR BAHRU, 9 Apr – Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini menyatakan kekesalan dengan reaksi sesetengah individu yang tidak dapat menerima pandangan dan teguran ikhlas yang diberikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu isu politik negara.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Hahasrin Hashim berkata, mereka tidak seharusnya terhempit dengan gejala ‘minda herot’ iaitu beranggapan dan pandangan serta pegangan prinsip satu pihak sahaja dianggap baik.

“Janganlah pula diheret emosi kerana terikut-ikut rentak dan watak memberontak sehingga boleh melunturkan kemuafakatan yang telah lama bertapak di negeri ini.

“Terimalah pendapat dengan berlapang dada dan tidak sesekali menjadi manusia ego dan sentiasa bermuhasabah”, katanya.

Menurut beliau, pandangan yang diberikan Tunku Ismail adalah satu nasihat oleh seorang pemimpin terhadap rakyatnya yang sudah pastinya lebih arif dalam aspek keperluan dan kehendak rakyatnya.

Leave a Reply