Sambut Baik Manifesto BN – @KhaledNordin

Sambut Baik Manifesto BN – @KhaledNordin

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menyambut baik pembentangan manifesto BN sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14 yang diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Menurut beliau, manifesto itu mengambil kira keperluan negara, negeri dan masyarakat bagi memastikan negara dapat terus dibangun dan dimajukan.

“Saya mengalu-alukan penekanan yang diberi kepada wanita, golongan muda serta soal infrastruktur dan digital.

“Lebih-lebih lagi, ianya memenuhi kehendak masyarakat Johor supaya lebuhraya PLUS daripada Yong Peng ke Johor Bahru diperluaskan,” katanya.

Leave a Reply