Tiada Tsunami Melayu – @KhaledNordin

 

PASIR GUDANG, 7 Apr – Pihak pembangkang terdesak dan terpaksa menyatakan bahawa terdapat Tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14 nanti.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya menyangkal bahawa terdapat Tsunami Melayu pada PRU Ke 14 dan pihak pembangkang menyatakan perkara berkenaan kerana mahu memastikan sokongan rakyat terhadap mereka tidak menurun.

Menurut beliau, berkenaan program Jelajah Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung semalam di Pasir Gudang, pihak pembangkang telah mengadakan di kawasan yang kecil dan jika mereka begitu yakin mengapa tidak diadakan di kawasan yang besar dan luas bagi menunjukkan ramai yang hadir ke program berkenaan.

Leave a Reply