Pakatan Harapan Terdesak Tiru Insiatif Kerajaan Negeri Johor. @ayubbinrahmat

Pakatan Harapan Terdesak Tiru Insiatif Kerajaan Negeri Johor. @ayubbinrahmat

JOHOR BAHRU, 7 Apr – Pakatan Harapan (PH) hari ini terdesak untuk menjadi popular di mata pengundi serta menunjukkan sifat pemalas untuk berfikir menyebabkan mereka hanya ‘copy-paste’ apa jua inisiatif yang telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamad Khaled Nordin sentiasa berfikir dan memandang ke hadapan dalam menyantuni Bangsa Johor daripada pelbagai aspek kehidupan.

“Tawaran PH untuk membuka universiti, memberi biasiswa dan intensif adalah cadangan-cadangan lapuk yang sebenarnya sudah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri.

“Pembukaan universiti baru, bukan satu cadangan yang praktikal kerana ianya akan membabitkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang besar, sekaligus bakal membebankan para pelajar yang akan menuntut di pusat pengajian berkenaan.

“Kerajaan Negeri Johor sudah lama mengambil langkah tepat dan strategik apabila membuka Kolej Pengajian Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) dan Skill Hub Johor yang menjurus kepada penguasaan dan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau, Negeri Johor juga sudah sekian lama memberi biasiswa kepada para pelajar Bangsa Johor yang menuntut di pelbagai peringkat termasuk bagi mereka yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh tanahair serta di luar negara.

“Tahun ini sahaja, pelbagai inisiatif biasiswa lain turut diperkenakan termasuk JCAP, JESP, Biasiswa sukan Atlet Johor, Johor Bio-Talent dan Biasiswa Sultan Ibrahim. Bantuan-bantuan pendidikan itu ditawarkan kepada mereka yang sedang dan akan melanjutkan pelajaran di semua peringkat termasuk Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

“Dengan tawaran berkenaan, jelas PH ialah sebuah parti yang hanya mahukan kuasa semata mata tanpa mempunyai sebarang dasar dan tawaran yang bijaksana, katanya.

Tambah Ayub, natijahnya, jika memilih wakil rakyat yang hanya muncul ketika pilihanraya untuk memenangi kerusi dan apabila mendapat kerusi, mereka hanya makan elaun dan berjalan jalan seluruh negara atas nama politik serta selepas 5 tahun mereka akan munculkan diri dan menawarkan apa yang sedang dan telah di lakukan oleh kerajaan negeri.

“Jadi, memilih dan mengundi PH juga bukanlah sesuatu yang bijak dan matang. Malah saya amat yakin dan percaya, pengundi khususnya di Johor akan terus mengundi Barisan Nasional yang telah terbukti melakukan kerja dan jasa bakti selama ini, katanya.

Leave a Reply