Manifesto Pakatan Harapan Adalah “Ciplak” – @KhaledNordin

PASIR GUDANG, 7 Apr – Sebahagian daripada Manifesto pihak pembangkang untuk Negeri Johor diumumkan malam tadi dilihat sebagai menciplak usaha yang sudah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor ketika ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jika pembangkang ada membuat kajian, mereka tidak akan mengemukakan perkara yang sudah dan sedang kerajaan negeri jalankan.

“Itulah kesannya apabila pembangkang meletakkan pemimpin nomad di Negeri Johor sehingga tidak memahami kedudukan pembangunan di negeri ini.

“Ini adalah kesannya apabila pemimpin pembangkang yang datang ke Negeri Johor daripada pemimpin nomad dan mereka tidak menepati kedudukan Negeri Johor hari ini kerana sebahagian dikemukakan dalam manifesto pembangkang adalah ciplak dan sememangnya Kerajaan Negeri sedang lakukan, katanya.

Menurut beliau, masalah manifesto pembangkang berkenaan dibuat oleh orang yang tidak memahami Negeri Johor dan tidak melihat perubahan berlaku serta tidak mengambil tahu perkembangan serta kedudukan semasa Negeri Johor.

Tambah Mohamed Khaled, manifesto pembangkang juga tidak menyeluruh apabila tiada meletakkan komitmen terhadap wanita, Orang Asli dan kawasan FELDA di Johor.

Leave a Reply