PRU 14: Jentera BN Johor Sudah Bersedia

PRU 14: Jentera BN Johor Sudah Bersedia

ISKANDAR PUTERI, 6 April  — Jentera Barisan Nasional (BN) Johor sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selaras pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, berkuatkuasa esok.

Setiausaha BN Johor Datuk Md Jais Sarday berkata jentera BN kini bergerak secara bersama-sama dalam menawan hati pengundi, berbeza secara berasingan pada pilihan raya sebelum ini.

“Gerak kerja kita, kita akan pastikan semua pengundi menyokong kita. Kita akan pastikan pengundi dibawa keluar mengundi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Md Jais berkata senarai calon yang akan bertanding pada PRU14 dijangka akan dimuktamadkan sehari dua lagi, namun, pada masa sama, semua pemimpin dan jentera diingatkan supaya tidak mengkhianati parti dengan melakukan sabotaj ke atas mereka yang bertanding.

“Kalau memang sudah giliran orang lain (bertanding), saya harap dia (yang tidak bertanding) akan bantu,” katanya.

Menurut Md Jais, para pengundi di peringkat akar umbi turut dinasihati bijak memilih wakil rakyat yang benar-benar mampu memberikan perkhidmatan.

“Kita tahu barisan pembangkang membawa ramai calon dari luar tetapi saya dapat rasai di peringkat akar umbi mereka akan pastikan wakil rakyat dipilih benar-benar akan dapat memberi perkhidmatan kepada mereka,” katanya.

Leave a Reply