Kita Pilih Biru, Tolak Pakatan Haru Biru – Zulkurnain

Kita Pilih Biru, Tolak Pakatan Haru Biru  – Zulkurnain

JOHOR BAHRU, 4 April – “Kita Pilih Biru, Tolak Pakatan Haru Biru” bukan sekadar ungkapan malah satu peringatan yang cukup jelas kepada rakyat khususnya kalangan pengundi yang akan membuat pilihan pada pilihan raya umum nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan, Dato’ Zulkurnain Kamisan berkata tag line berkenaan yang diilhamkan pada pelancaran jentera BN Johor Jumaat lalu amat signifikan kepada perkembangan yang berlaku hari ini.

Menurut beliau BN telah terbukti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam menerajui negeri berbanding pakatan harapan yang hari ini masih terkial-kial dalam mencari kaedah terbaik untuk meyakinkan rakyat.

“Kita di Johor menerusi kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin Alhamdulillah bersama kepimpinan yang lain telah melaksanakan yang terbaik untuk seluruh rakyat Johor tanpa mengira batas kaum dan juga pelbagai peringkat lapisan rakyat.

“Golongan muda, belia dan pelbagai golongan lain yang terangkum di dalam rakyat Johor insya Allah mendapat pelbagai manfaat yang kita rancang dan laksanakan.

“Perumahan untuk rakyat kita buat..program untuk menggalakkan bidang keusahawanan juga diberi perhatian dan pelbagai pelaksanaan lain.Inilah track record kita untuk diterjemahkan kepada rakyat,” katanya kepada UMNO-Johor.

Katanya lagi atas dasar dan hakikat berkenaanlah “Pilih Biru” seharusnya diperhalusi secara mendalam dan sama-sama kaji kenapakah perlu pula tolak pakatan haru biru oleh masyarakat setempat.

” Apa pun pelancaran jentera Jumaat lalu meningkatkan lagi semangat kita dikalangan jentera serta seluruh penyokong dan pendokong parti untuk terus mengorak langkah mendepani pilihan raya umum yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Leave a Reply