BN Johor Sudah Serah Senarai Calon Kepada PM – @khalednordin

BN Johor Sudah Serah Senarai Calon Kepada PM – @khalednordin

JOHOR BAHRU, 5 April  — Barisan Nasional (BN) Johor telah menyerahkan senarai calon pilihan raya umum ke-14 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN untuk ditimbangkan.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagaimanapun perubahan calon mungkin akan berlaku pada saat-saat akhir.

“… sebab ia juga mengambil kira pandangan orang ramai dan tentunya kita beri perhatian kepada calon-calon yang hendak diletakkan pembangkang, justeru kita belum 100 peratus muktamad,” katanya.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor demikian kepada pemberita selepas menghadiri temu ramah Program Bicara Yang Berhormat (YB) oleh stesen radio Johor FM, di sini  hari ini.

Beliau menganggarkan jumlah yang belum muktamad itu lima hingga 10 peratus.

Mengenai manifesto BN Johor, Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata ia akan dilancarkan selepas pelancaran manifesto peringkat pusat pada Sabtu ini.

“Kita mahu masyarakat menghadamnya (manifesto pusat) terlebih dahulu, selepas itu baru kita lancarkan manifesto peringkat negeri.

“Kita juga telah kenal pasti beberapa tawaran khusus untuk Johor dan kita mahu lihat sama ada tawaran itu ada atau tidak dalam manifesto pusat,” katanya.

Leave a Reply