SABAHAN DAN SARAWAKIAN BAGAI ANAK EMAS DI PASIR GUDANG !

SABAHAN DAN SARAWAKIAN BAGAI ANAK EMAS DI PASIR GUDANG !

 

04 April 2018

Johor adalah satu-satunya negeri maju yang masih kukuh dikuasai oleh UMNO/BN.Lebih-lebih lagi dalam masa lima tahun kebelakangan ini,Johor yang dipimpin oleh YAB Datok Mohamed Khaled Nordin,Menteri Besar Johor,melalui pelan Suara Hati Johor telah memacu negeri Johor menjadikannya sebuah negeri termaju di negara ini.

Maka tidak hairanlah jika Johor menjadi tumpuan rakyat berbilang kaum,etnik dan budaya dari negeri-negeri lain,khususnya Sabah dan Sarawak berhijrah ke negeri Permata Selatan untuk mencari rezeki.

Tidak dinafikan kehadiran mereka menjadi penyumbang dalam menjana ekonomi dan membangunkan negeri Johor.

Kehadiran penduduk-penduduk dari Bumi Kenyalang dan Negeri Di bawah Bayu,telah diterima dengan berlapang dada dan hafi yang terbuka oleh bangsa Johor terutama di Pasir Gudang.

UMNO Bahagian Pasir Gudang sentiasa kehadapan menghulur bantuan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Pasir Gudang.Mereka yang kurang berkemampuan sering dibantu oleh UMNO Pasir Gudang, dan Yayasan Pasir Gudsng.

Layanan bagai anak emas terhadap Sabahan dan Sarawakian ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa iri hati kepada rajyat Kelantan,Orang Boyan dan masyarakat India.Apa ? Ingat Orang Boyan dan India tidak menginginkan senuah pusat perniagaan seperti orang Sabah mahupun Sarawak?!

Segala kebajikan dan kemudaha sentiasa dijaga dan dibantu oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang ,yang juga Menteri Besst Johor.

Maka tidak hairanlah sejak Khaled Nordin mengemudi UMNO P.Gudang pada 2004 hingga kini ,kehidupan masyarakat Sabah dan Sarawak sentiasa mendapat pembelaan daripada UMNO. Pasir Gudang dan kerajaan Johor.Malah telah ada seolah-okah mini perkampungan orang-orang Sabah dan Sarawak

Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.Ironinya, suatu sejarah telah tercipta dalam UMNO Pasir Gudang malah UMNO Malaysia apabila menerima buat sekian kalinya penubuhan cawangan UMNO Sabah,yang dianggotai oleh masyarakat Sabah yang tinggal di Pasir Gudang.

Bukan itu sahaja,atas permintaan akar umbi,sebagai ketua UMNO Bahagian,pada tahun 2010 ,Khaled Nordin mencadangkan penubuhan sebuah cawangan UMNO untuk masyarakat Sarawak yang tinggal di Pasir Gudang.

Sebagai menghargai segala bantuan dan keperihatinan yang diberikan oleh Menteri Besar Johor,sebahagian daripada mereka secara sukatela sanggup mendaftar sebagai pengundi di Pasir Gudang.Seterusnya menjadi jentera parti dan diiktiraf sebagai Team Johor dalam membantu kemenangan kerajaan sedia ada.

Dianggarkan lebih 3,000 orang pengundi dikalangan mereka layak mengundi pada PRU ke 14.

Bagi menjaga segala kebajilan mereka,di bumi Jauhar,buat sekian kalinya kerajaan Johor telah melantik seorang Ketua di kalangan masyarakat ke dua-dua negeri. Malah pada pembentangan bajet 2018,peruntukan sebanyak RM300,000 dikhususkan kepada masuarakat Danah dan Sarawak di Johor.

Hari ini lebih 60,000 penduduk Sabah dan Sarawak tinggal di Johor terutama di sekitar Pasir Gudang,Kota Tinggi dan Pengerang.Sebahagian daripafa mereka juga ada yang belerjs di Singapura.

Kerajaan Johor sentiasa memberi sokongan dalam acara-acara kebudayaan mereka terutama perayaan hari gawai dan perayaan hari Natal.Bantuan kewangan dan barangan sering diberikan kepada mereka yang menerlukan.

Di Pasir Gudang,majoriti masyarakat Sabah dan Sarawak,kebanyakkannya menetap di kawasan rumah kos rendah seperti di Seri Alam, Taman Rinting, Taman Scientex, Taman Mawar ,Taman Megah Ria,dan Taman Cendana. Ada di kalangan mereka yang telah bermastautin di sini lebih daripada 20 tahun.

Kerajaan negeri yang sarat dengan pelbagai perancangan dan pembangunan,tidak pernah menafikan sumbangan dan peranan mereka dalam membantu kemajuan negeri terutama dalam menuju Dekad Baharu Johor.

Dalam masa yang sama, kerajaan tidak pernah menghalang mereka mengembangkan budaya kehidupan mereka di Johor,disamping menghormati dan menjiwai budaya masyarakat tempatan.

Bagi menghilangkan kerinduan kepada kampung halaman dan kemudahan mendapatan segala macam barangan,Khaled Nordin tidak teragak-agak untuk menyalurkan peruntukan membina sebuah pusat perniagaan mirip Pasar Borneo di Bumi Kenyalang yang terletak di Taman Megah Ria.

Kepada masyarakat Sabah pula,sebanyak RM2.1 juta telah diperuntukan untuk membina sebuah pasar di kenali Pasar Muafakat Sabah di Seri Alam,Pasir Gudang.

Hari ini kedua-dua pasar ini telah menjadi tempat pertemuan mereka di samping berbelanja barangan tradisi persis pasar di kampung halaman..Malah kedua-dua pasar ini, mula dikenali di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong asing.

Apa yang diharapkan oleh masyarakat setempat terutama jentera parti yang terdiri daripada UMNO,MCA ,MIC dan KIMMA,agar masyarakat Sabah dan Sarawak ini lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling.Lebih-lebih lagi di musim berkempen pilihanraya.

Kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Shafie Afdal dan pemimpin-pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH) berceramah menghasut rakyat Sabah dan Sarawak di Pasir Gudang amat tidak disenangi oleh jentera BN.

Membenarkan mereka masuk berkempen,berceramah dan memburuk-burukkan pemimpin negara dan negeri seolah-olah tidak menghormati segala bantuan yang telah diberikan oleh UMNO dan Ketajaan Negeri.

Ketua-ketua masyarakat yang dilantik oleh Menteri Besar Johor seharusnya dapat memainkan peranan dengan menghalang perkara sebegini daripada berlaku.Carilah siapa dalangnya yang cuba untuk

merosakkan muafakat dan kepercayaan masyarakat setempat terhafap mereka.

Kegagalan menghalang kemasukan pemimpin-pemimpin pembangkang di kawasan masyarakat Sabah atau Sarawak boleh dianggap gagal menunaikan tanggungjawab seperti diamanahkan.

Sokongan dariiafa pengundi Sabahan dan Sarawakian dapat diukur di Pusat Daerah Mengundi yang berkaitan.Jika jumlahnya tidak mencapai seperti diharapkan,adalah lebih baik UMNO Bahagian Pasir Gudang mencadangkan kepada Menteri Besar Johor agar jawatan ketua masyarakat ditarik balik.

Dan Pasar Muafakat Sabah yang sering dijadikan tempat berkempen menambah ahli oleh parti PERIBUMI,seharusnya dibuka kepada masyarakat sekeliling teruutama peniaga India dan Melayu.Tidak lagi dikhususkan kepada Sabahan sahaja.Begitu juga Pasar Borneo di Tmn.Megah Ria.

Masyarakat Sabah dan Sarawak seharusnya sentiasa menjaga sensitifviti rakyat Johor yang sekarang ini sedang bertarung menyelamatkan UMNO.Parti ketamat orang Melayu yang lahirnya di Johor.Seterusnya memenangi PRU 14 dengan cemerlang.

Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau,mengucapkah !

TUN MUTAHIR

JOHOR BAHRU

Leave a Reply