Salahuddin Cemburu Dengan Program Jualan Sentuhan Rakyat – @AnuarSekijang

Salahuddin Cemburu Dengan Program Jualan Sentuhan Rakyat – @AnuarSekijang

JOHOR BAHRU, 3 Apr – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap menyifatkan Pengerusi Parti Amanah (AMANAH) Johor, Salahuddin Ayub sebenarnya cemburu apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) menganjurkan Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) kepada rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata, PJSR dianjurkan apabila mesyuarat majlis memutuskan untuk membantu kos sara hidup di Malaysia dan menyatakan bahawa Salahuddin Ayub lupa yang kerajaan Negeri Selangor juga meniru program seumpama itu dengan membuat jualan barangan runcit dengan harga yang murah.

“Mungkin Salahuddin cemburu BN membuat jualan sentuhan rakyat dan gusar apabila ribuan orang ramai yang datang ke program berkenaan, katanya.

Terdahulu, Salahuddin Ayub menyatakan PJSR yang dianjurkan oleh kerajaan BN menunjukkan rakyat sedang terbeban dengan ekonomi negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Leave a Reply