PH Hanya Mampu Mengkritik Tidak Membawa Sebarang Faedah – @SamsolBari

PH Hanya Mampu Mengkritik Tidak Membawa Sebarang Faedah – @SamsolBari

JOHOR BAHRU, 3 Apr – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali yakin bahawa jika Pakatan Harapan (PH) menerajui negara juga akan tidak mampu untuk menurunkan harga barang yang melibatkan faktor bekalan dan permintaa.

Beliau berkata, kenaikan harga barang berkenaan sebenarnya juga berlaku di seluruh dunia dan bukan disebabkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tegasnya, pihak pembangkang tidak perlu mempertikai usaha murni yang kerajaan sedangkan PH sendiri tidak mampu menawarkan apa-apa yang lebih baik selain hanya mampu memberikan kritikan yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat mahupun negara.

Terdahulu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub yang menyifatkan Barisan Nasional (BN) Negeri Johor telah membuktikan bahawa rakyat Johor ketika ini sedang terbeban dengan ekonomi negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Leave a Reply