Muar Furniture Park Diwujudkan Atasi Permasalah Industri Pemperabotan @KhaledNordin

Muar Furniture Park Diwujudkan Atasi Permasalah Industri Pemperabotan @KhaledNordin

MUAR, 3 Apr – Muar Furniture Park diwujudkan sebagai satu solusi bersepadu kepada permasalah dalam industri pemperabotan di Malaysia seperti kilang perabot terpaksa beroperasi di tapak yang tidak bertaraf industri.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, Muar Furniture Park akan dibangunkan di atas tapak seluas 986.46 ekar dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Johor iaitu Johor Corporation sudah dipertanggungjawab untuk membangunkannya.

“Melalui perancangan awal, Muar Furniture Park akan mempunyai lebih kurang 230 lot industri dilengkapi kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, lampu jalan, sistem telekomunikasi, utiliti air dan elektrik serta menekankan tahap keselamatan pada standard yang tinggi serta kos pembangunan bagi projek berkenaan dianggarkan bernilai RM450 juta.

“Bagi memastikan Muar Furniture Park berkenaan memberikan manfaat kepada semua, kilang siap bina juga akan dibina untuk disewakan kepada usahawan Bumiputera, malah ianya juga akan menempatkan Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang dibangunkan dan asrama pekerja juga akan dibina untuk kemudahan pekerja, katanya.

Leave a Reply