Kadar Pendaftaran Kenderaan, Tukar Hak Milik dan Lesen Memandu Warga Asing Dinaikkan – @AKaprawi

Kadar Pendaftaran Kenderaan, Tukar Hak Milik dan Lesen Memandu Warga Asing Dinaikkan – @AKaprawi

BATU PAHAT 2 Apr – Kadar pendaftaran kenderaan, tukar hak milik dan lesen memandu bagi warga asing akan dinaikkan berkuat kuasa 16 April ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, inisiatif berkenaan menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati sebagai warganegara berbanding warga asing.

“Usaha berkenaan juga merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan hasil negara tanpa membebankan rakyat kerana pelaksanaan kadar fi baharu berkenaan mampu meningkatkan unjuran hasil pendapatan negara yang dianggarkan sebanyak RM31 juta setahun.

“Kadar pendaftaran motosikal dari RM5 kepada masing-masing RM20 dan RM100 mengikut kategori, manakala bagi kenderaan selain motosikal akan berlaku kenaikan antara RM120 ke RM900,” katanya ketika sidang akhbar program Sambutan Hari JPJ ke-72, di Dataran Batu Pahat Mall, hari ini.

Leave a Reply