‘Tak Ketaq’ Hadapi Dr Mahathir – Mohd Johari

‘Tak Ketaq’ Hadapi Dr Mahathir – Mohd Johari

MUAR, 30 Mac  – Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau ‘tak ketaq’ atau gentar untuk menghadapi Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya bekas perdana menteri itu mahu bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya beliau amat mengenali Dr Mahathir  kerana pernah menjadi setiausaha politiknya dan beliau  melihat  bekas perdana menteri itu hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Tak ketaq (hadapi Dr Mahathir), dahulu beliau kuat, nampak hebat kerana UMNO yang menyokong dan mengangkat beliau, yang kuat dan hebat itu adalah UMNO. Sekarang beliau sudah di seberang dengan parti lain (pembangkang) yang tiada rekod baik dan UMNO masih kuat dan hebat.

“Tanpa  UMNO dan jasa pemimpin UMNO yang terdahulu, beliau biasa  sahaja,” kata Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan pada sidang media selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 147 veteran Angkatan Tentera Malaysia di sini, hari ini.

Dr Mahathir merupakan Anggota Parlimen  Kubang Pasu sejak PRU4  pada 1974 dan berkhidmat di kawasan itu sehingga 2004, apabila pada PRU11 pada  tahun itu Mohd Johari menggantikan Dr Mahathir bertanding di kawasan itu dan mempertahankan kawasan itu pada PRU12 dan PRU13.

Leave a Reply