Sekijang, Kemelah Dan Pemanis AKan Kita Pertahankan … – Annuar Manap

Sekijang, Kemelah Dan Pemanis AKan Kita Pertahankan … – Annuar Manap

KUALA LUMPUR, 30 Mac – “Dalam pilihan raya sebelum ini kita mencacat kemenangan di Parlimen Sekijang serta menang di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pemanis dan Kemelah. Justeru pada kali ini insya Allah kita sama-sama kekalkan kemenangan berkenaan dengan majoriti berganda.

“Pembangkang kita tahu dan sedar mereka keluar masuk ke kawasan ini dengan pelbagai taktik murahan untuk mengelirukan maklumat yang benar dan tepat dikalangan pengundi dan masyarakat setempat. Itu sememangnya yang kita dah jangka,“ kata Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap.

Tambahnya lagi rekod kecemerlangan 3-0 yang dicapai sebelum ini iaitu menang di Parlimen Sekijang dan dua DUN iaitu Kemelah dan Pemanis diharap akan terus dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Pada saat-saat genting ini jentera parti sama-sama fokus ke depan dan tidak melayani sebarang fitnah yang dijaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka datang dan pergi namun yang akan tinggal menjalankan khidmat adalah kita semua.

“Apa pun dengan komitmen serta semangat solidariti yang ditunjukkan oleh seluruh jentera parti di Sekijang ini, bukan perkara yang mustahil untuk mengekalkan keputusan pada pilihan raya umum yang lalu lalu malah menang dengan majoriti yang meningkat.

“Tambahan pula pembangkang hanya nampak pada waktu sebegini sahaja. Pada hari inilah mereka masuk kawasan kononnya sebagai penyelesaian kepada masalah…mereka masuk kononnya untuk mendengar masalah rakyat…tetapi ianya adalah seballiknya kerana mencari serta manipulasi isu semata-mata,“ katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Johor.

Anuar seterusnya mengingatkan pesanan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan soal solidariti serta winning mentality dalam usaha mencapai kejayaan parti pada pilihan raya umum kelak.

“Ingat pesan Presiden kita…‘winning metality‘ dan ‘solidarity‘ adalah kunci kepada segala-galanya. Biar apa pun tohmahan yang datang jentera kita tetap dengan gerakan memberikan penerangan di akar umbi sebaik mungkin.

“Ini adalah masa untuk kita di semua peringkat jentera bekerjasama antara satu dengan yang lain dan tidak lagi menoleh ke belakang serta melayani perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Kita telah sama-sama bekerja sekian lama dan kini adalah masa untuk kita bekerja dan mencurahkan segala-galanya,“ katanya.

Leave a Reply