Tindakan Lim Kit Siang Hanya Gimik Politik – @SamsolBari

Tindakan Lim Kit Siang Hanya Gimik Politik – @SamsolBari

BATU PAHAT, 29 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali menyifatkan tindakan Pemimpin Parti DAP, Lim Kit Siang hanya gimik politik.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Gelang Patah berkenaan hanya mahu mencari perhatian dan menunjukkan pihaknya berani untuk menentang.

“Kadang-kala ada sesetengah pihak memang sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu berani dan ada juga sesetengah daripada mereka mempunyai ketua yang bersikap biadap serta kurang ajar.

“Jadi, kepada yang bersalah sememangnya perlu dihukum atas kesalahannya serta pelanggaran peraturan dan sebagainya, katanya.

Terdahulu, Lim Kit Siang digantung daripada Parlimen selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta selepas beliau enggan mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin supaya pemimpin pembangkang berkenaan berhenti mengganggu perjalanan persidangan semalam.

Leave a Reply