“Kita Sudah Bersedia, Pelancaran Esok Akan Tingkatkan Lagi Semangat Anggota Kita” – Tok Pah

“Kita Sudah Bersedia, Pelancaran Esok Akan Tingkatkan Lagi Semangat Anggota Kita” – Tok Pah

JOHOR BAHRU, 29 Mac – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Syarifah Azizah Syed Zain berkata pergerakan itu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Serentak itu, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Johor melihat pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) negeri yang akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Jumaat ini tepat pada masanya dalam usaha meningkatkan lagi ‘mood’ jentera Wanita BN negeri dalam kesiapsiagaan yang cukup tinggi.

“Tonggak utama kita adalah Jalinan Rakyat (JR). Lantaran itu kita dah siap-siaga dan bersedia di semua peringkat dan hari ini rata-rata mereka bersemangat untuk sama-sama membantu BN Johor dalam mengekalkan teraju pemerintahan di negeri ini.

“Kita akan laksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungajwabkan dan selama ini segala gerakan dan segala yang direncanakan berjalan dalam keadaan baik serta tersusun.

“Di semua peringkat dan di seluruh negeri Johor, jentera JR kita menyelinap untuk mengenalpasti para pengundi. Dengan pelancaran jentera BN Johor Jumaat ini insya Allah akan meningkatkan lagi semangat jentera kita untuk terus bergerak,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Katanya lagi Wanita BN Johor sentiasa berada di dalam ‘mood’ yang tinggi dan sedia menghdapai apa jua rintangan yang mendatang .

“Bagi Wanita BN Johor, segala cabaran dan segala halangan akan kita atasi bersama. Dengan muafakat dan kerjasama yang padu di semua peringkat segala cabaran yang timbul dapat diatasi sebaik mungkin.

“Biasalah…sedikit sebanyak masalah akan timbul dan resepi kejayaan dan resepi kita di Johor ini adalah muafakat. Muafakat akan membawa manfaat dan sekaligus insya Allah akan melahirkan kejayaan demi parti, negeri dan rakyat Johor,” katanya.

Leave a Reply