Jentera BN Negeri Johor Sudah Bersedia Lebih Awal – @SamsolBari

Jentera BN Negeri Johor Sudah Bersedia Lebih Awal – @SamsolBari

BATU PAHAT, 29 Mac – Jentera Barisan Nasional (BN) Negeri Johor sudah bersedia lebih awal untuk berperang di medan Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali berkata, pada PRU akan datang jentera di Negeri Johor sudah bersiap-siaga serta para pemimpin BN meminta rakyat untuk lebih berlaku adil dan bijak menilai kerajaan.

“Pada PRU 14 diharap rakyat tidak menggunakan sentimen-sentimen dan terlalu mengikut emosi pada hari melakukan undi nanti.

“Di Negeri Johor adalah yang terbaik dan kita tidak perlu menyerupai dengan tempat lain baik kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kerana mereka juga mempunyai peluang yang terbaik malah rakyat lain yang bekerja di Johor turut mendapat manfaat yang sama, katanya.

Sementara itu, Majlis Pelancaran Jentera BN Negeri Johor akan berlangsung pada Jumaat ini dan dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Leave a Reply