Kerajaan Peruntuk RM57.1 Juta Untuk Sektor Kelapa Dan Nanas – @SamsolBari

Kerajaan Peruntuk RM57.1 Juta Untuk Sektor Kelapa Dan Nanas – @SamsolBari

BATU PAHAT, 28 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM57.1 juta bagi menerokai sumber kekayaan baru industri kelapa dan nanas di Malaysia.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Datuk Samsolbari Jamali berkata, kerajaan persekutuan memperuntukan sebanyak RM27.5 juta untuk sektor kelapa manakala RM29.6 juta untuk sektor nanas.

“Mengikut statistik negeri yang mempunyai kawasan kelapa terluas adalah negeri Sabah, Sarawak dan di ikuti Johor yang melibatkan kawasan seluas 82,917 hektar.

“Bagi sektor nanas pula menyasarkan keluasan tanaman seluas 5,500 menjelang tahun 2020, katanya ketika berucap di Program Dekad Baharu Johor ‘Menerokai Sumber Kekayaan Baru Industri Kelapa Nanas’ di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit, Batu Pahat, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 1 bilion biji kelapa dijangkakan dapat memenuhi permintaan dalam negara menjelang tahun 2020 berbanding ketika ini hanya 525 juta sahaja dapat dibekalkan.

“Nilai eksport produk nanas negara dijangka mencapai RM320 juta pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 700,000 metrik tan berbanding ketika ini sebanyak RM155.5 juta sahaja, katanya.

Leave a Reply