Pembentangan Kad Laporan Pencapaian Johor 2013 – 2018 Tampil Ketelusan dan Kejayaan Kerajaan Negeri Johor – @SamsolBari

Pembentangan Kad Laporan Pencapaian Johor 2013 – 2018 Tampil Ketelusan dan Kejayaan Kerajaan Negeri Johor – @SamsolBari

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Pembentangan Kad Laporan Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 13 menunjukkan keberanian, ketelusan dan kejayaan Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali berkata, manifesto PRU 13 berkenaan bukan sepenuhnya dibawah perancangan Kerajaan Negeri Johor tetapi atas nama amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin negeri, Menteri Besar Johor melunaskan segala janji berkenaan dengan cemerlang.

“Datuk Seri Mohamed Khaled bukan sahaja berjaya melaksanakannya tetapi juga menambah nilai dengan perancangan dan pelaksanaan perkara perkara mengikut citarasa dan permintaan massa masa kini.

“Pencapaian pelbagai bidang daripada sektor ekonomi, perumahan, infrastuktur awam, pembasmian kemiskinan, modal insan, Islam hingga lah ke soal penyampaian perkhidmatan awam dilapor secara berfakta dan jelas..

“Ini sekali gus menjawab dan menafikan apa sahaja gambaran buruk dan tuduhan pihak pembangkang tentang kegagalan Kerajaan Negeri Johor, katanya dalam kenyataan rasmi beliau.

Beliau berkata, pihak pembangkang sedaya upaya mengaburi rakyat daripada melihat dan menghargai kejayaan Kerajaan Negeri Johor dan terus memainkan sentimen menumbangkan lerajaan yang berprestasi berkenaan.

“Pembangkang memainkan sentimen manakala kerajaan terus konsisten dengan perancangan dan pencapaian kejayaannya.

“Rakyat wajar mengetahui perancangan dan prestasi kejayaan pihak kerajaan dan secara adil menilai pencapaian dan prestasinya sama ada melalui apa yang dilihat mahupun yang dinikmatinya, katanya.

Menurut beliau, pendekatan dan pelancaran misi baharu, Dekad Baharu Johor oleh Menteri Besar Johor adalah satu usaha untuk membawa lonjakan yang radikal dan transformatif untuk Johor dan rakyat Johor tidak seharusnya merencatkan apatah lagi mensabotaj usaha untuk memberikan nafas baru kepada ekonomi dan lanskap kesejahteraan rakyatnya.

“Kejayaan Kerajaan Negeri Johor adalah suatu realiti dan ianya boleh dibaca, dilihat dan dirasai berkat kejayaan merancang dan melaksanakan perancangan, katanya.

Leave a Reply