Wanita BN Optimis Capai Sasaran 30% Tercalon Dalam PRU 14 – @ShahrizatJalil

Wanita BN Optimis Capai Sasaran 30% Tercalon Dalam PRU 14 – @ShahrizatJalil

BATU PAHAT, 25 Mac – Wanita Barisan Nasional (BN) optimis akan mencapai sasaran kuota 30 peratus dan akan melebihi sasaran berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 akan datang.

Ketua Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau yakin bahawa sasaran pihaknya bakal dipenuhi kali ini kerana komitmen tinggi kerja wanita bukan saja dalam kalangan 1.4 juta ahli wanita UMNO, malah komponen wanita BN itu sendiri.

“Ianya juga selari dengan fokus saya yang konsisten iaitu mesti ada calon wanita pada PRU kerana kita bukan minta ihsan tetapi wanita amat layak sebab gigih, setia dan menjadi tulang belakang parti.

“Saya juga akan memfokuskan pada gerak kerja termasuk memastikan semua ketua wanita BN dan UMNO melaksanakan amanah dengan baik, selain mempertingkatkan pendekatan berjumpa pengundi, katanya ketika berucap dalam Majlis Himpunan Muafakat Jentera Wanita Barisan Nasional Negeri Johor dan Kad Laporan Pencapaian Johor 2013-2018 di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, hari ini.

Leave a Reply