Ahli Jalinan Rakyat Wanita UMNO Labis Dekati, Selesai Masalah Masyarakat – Haslinda

Ahli Jalinan Rakyat Wanita UMNO Labis Dekati, Selesai Masalah Masyarakat – Haslinda

LABIS 20 Mac – Ahli Jalinan Rak­yat (JR) Wanita UMNO Bahagian Labis bukan sahaja memberi tumpuan untuk mendekati pengundi, malah turut berusaha mengenal pasti serta menyelesaikan permasalahan masyarakat di peringkat akar umbi.

Ketuanya, Haslinda Salleh berkata, peranan yang dimainkan mereka menjadi salah satu faktor kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti yang terus mendapat tempat di hati rakyat, khususnya orang Melayu di negeri ini.

“Tanpa menghiraukan ca­baran, kami terus memainkan peranan membawa roh perjua­ngan UMNO ke setiap pintu di seluruh negeri tanpa gentar di samping mendekati serta mengenal pasti permasalahan rakyat di peringkat akar umbi.

“Sejak ditubuhkan 18 tahun lalu, sumbangan ahli-ahli yang terdiri daripada sayap Wanita dan Puteri mampu memberikan sumbangan besar bagi menentukan kejayaan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dalam Himpunan Ukhwah Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian Labis di Dewan Che Tai Khor, Taman Wawasan, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis, Mansor Birat.

Dalam pada itu, Haslinda menafikan ahli JR yang terdapat di 40 cawangan UMNO Bahagian Labis hanya berfungsi menje­lang pilihan raya, sebaliknya menegaskan mereka bergerak aktif sepanjang masa.

“Ahli-ahli JR sentiasa meminta tugas untuk dilaksanakan, bukan menunggu diberikan tugas dan pada masa sama tidak pernah bertanyakan mengenai ganjaran kerana mereka memahami bahawa ganjaran terbesar adalah kemenangan yang dikecapi hasil gerak kerja mereka.

“JR ini bukan sahaja bertujuan untuk mendekati pengundi, malah lebih terarah terhadap usaha untuk mengenal pasti serta menyelesaikan permasalahan ma­syarakat di peringkat akar umbi,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan ahli Puteri supaya berganding bahu dengan Wanita dalam menjalankan kerja-kerja parti kerana rata-rata ahli Wanita sudah berusia dan memerlukan kerjasama orang muda seperti mereka. © Utusan Melayu (M) Bhdd

Leave a Reply