Pasar Muafakat Sabah@Johor Ikon Baru Negeri Johor

Pasar Muafakat Sabah@Johor Ikon Baru Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 17 Mac – Pembinaan Pasar Muafakat Sabah@Johor kini menjadi satu ikon apresiasi Kerajaan Negeri Johor kepada masyarakat Sabah di Johor khususnya yang selama ini turut bersama-sama dalam meningkatkan sosioekonomi setempat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim berkata, kewujudan masyarakat Sabah di Johor sekitar tahun 80-an menjadikan Johor sebagai lubuk emas kepada masyarakat Sabah ketika ini.

“Pasar muafakat ini merupakan platform dalam usaha menambah pendapatan individu, keluarga dan masyarakat sekitar bagi mewujudkan suasana ekonomi yang lebih kondusif dan rancak malah mampu menggerakkan ekonomi negeri ke arah yang lebih positif.

“Sambutan yang amat menggalakkan dan permintaan yang sangat tinggi dikalangan masyarakat Sabah untuk berniaga juga merupakan salah satu faktor pasar berkenaan dibina, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pasar Muafakat Sabah@Johor, Bandar |Seri Alam, di sini, hari ini.

Menurut beliau, masyarakat Sabah yang berniaga dapat mengetengahkan pelbagai barangan keperluan asas dan makanan orang Sabah termasuk produk-produk serta hasil kraftangan yang dibawa dari Sabah kepada penduduk tempatan dan massyarakat Sabah yang menetap di Johor.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan majlis perasmian berkenaan.

Leave a Reply