Lebih Baik Muhyiddin Tak Bertanding – Ismail

Lebih Baik Muhyiddin Tak Bertanding – Ismail

PAGOH 17 Mac – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed mencadangkan penyandang kerusi parlimen kawasan itu agar tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya bertanding di mana-mana kerusi sekali pun di Pagoh.

Katanya, tindakan itu supaya pengundi Pagoh akan tetap menghargai jasa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ketika masih bersama-sama UMNO sebelum ini.

“Dia tak bertanding lebih baik untuk orang Pagoh kerana bukan kita takut dia kalah atau menang tapi keputusan itu lagi tepat,” katanya ketika ditemui semasa program Jualan Sentuhan Rakyat di Panchor, sebentar tadi.

Ismail berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin semalam kononnya beliau boleh bertanding di mana-mana sahaja kerana menyifatkan dirinya ‘orang lama’ dalam arena politik serta memiliki harapan untuk menang. © Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply